#6 Sebab Kenapa Orang Sanggup Bersusah Payah Sertai Maraton?

Pelari maraton bukan, larian santai sejauh 2km hingga 3km tetapi maraton itu sendiri membawa maksud larian jarak jauh dengan jarak rasmi 42.2km. Sebab itu larian 21km dipanggil half marathon. Tetapi kebiasaannya maraton yang dianjurkan turut melibatkan fun run, larian sejauh 3km atau 5km, yang boleh dilakukan sebagai riadah santai sambil membawa anak-anak.

Untuk berlari sejauh 42km bukan sesuatu yang mudah, sudah tentu latihan diperlukan agar tidak pancit di tengah jalan. Sama seperti orang mendaki gunung, perlukan latihan berbulan lamanya. Di sebalik kesukaran ini, mengapa masih ramai yang suka sertai acara ini?

#1 Berlari maraton bolej jadi kurus?

Image result for running can reduce weight

Kebiasaannya peserta maraton berlari bukan semata-mata untuk kurus, tetapi lebih kepada menjaga kesihatan badan. Latihan demi latihan yang dilakukan secara tidak langsung meningkatkan ketahanan badan, selain menguatkan jantung, memperbaiki peredahan darah, membakar kalori dan menguatkan otot.

#2 Bagaimana jika gagal melepasi garisan penamat?

Image result for fail at finish line

Pelari maraton bukan sahaja mempunyai kekuatan fizikal tetapi perlu kuat mental, yakin dan sentiasa positif. Ada kala rasa tidak berdaya, tidak mampu meneruskan larian tetapi untuk sampai ke garisan penamat perlu kuat semangat dan tidak kenal erti putus asa.

#3 Pelari maraton lebih berdisiplin?

Image result for runner discipline

Iya, mereka perlu berdisiplin dalam latihan, walaupun malas atau hujan perlu paksa diri untuk berlatih. Mereka juga perlu berdisiplin menjaga pemakanan agar tak pancit di tengah jalan.

#4 Maraton memberi ruang kenali diri?

Pelari maraton perlu fokus berlari untuk sampai ke garisan penamat. Sambil menikmati keindahan alam, inilah masa untuk diri sendiri dan lupakan segala masalah yang mengganggu. Ada juga yang sempat merancang kehidupan. Iyalah, 7 jam tempoh berlari perlu dimanfaatkan sebaik mungkin.

 

#5 Beri kepuasan, inspirasi dan kegembiraan?

Selain menjadi inspirasi kepada orang lain, pelari maraton turut terinspirasi melihat rakan maraton yang mungkin lebih berusia, cacat anggota mampu sampai ke garisan penamat. “Jika mereka boleh, mengapa tidak kita?” Jika perlu merangka untuk ke garisan penamat pun sanggup. Kejayaan sampai garisan penamat beri kepuasan dan kegembiraan. Sehingga ketagih untuk beraksi dalam maraton lain.

Image result for marathon malaysia

#6 Boleh travel sana sini?

Related image

Kalau dah kerana minat, ke mana pun sanggup mereka pergi. Iya, Miri Marathon misalnya, bukan sahaja peserta Miri, ada peserta dari Semenanjung Malaysia, Kenya, Thailand dan Brunei. Inilah masanya untuk berlari sambil melihat negara orang.

Bercakap tentang Miri Marathon, jom daftar sekarang untuk acara ini yang bakal berlangsung 18 Mac 2018 nanti di Stadium Miri, Miri Sarawak. Ada 4 kategori yang ditawarakan iaitu larian 5km, 10km, 21km dan 42km.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: