Ruangan F.A.Q memaparkan beberapa soalan lazim beserta jawapan yang biasa ditanya oleh pelanggan kami terutamanya berkaitan dengan pembelian di laman web Hydragears. Sekiranya jawapan yang anda cari tiada di ruangan ini, sila hubungi kami di SINI.


Adakah semua produk yang dipaparkan di laman web ini mempunyai stok?

Ya. Lable “Out of Stock” akan kelihatan sekiranya produk yang dipaparkan telah KEHABISAN stok.

Berapa lama tempoh untuk saya menerima tempahan saya setelah pembayaran telah dibuat?

Penghantaran akan mengambil tempoh satu hingga empat hari waktu bekerja. Tiada proses penghantaran berlaku pada hujung minggu dan cuti umum.

Apakah perkhidmatan yang akan digunakan untuk penghantaran?

Semua penghantaran adalah menggunakan perkhidmatan Poslaju. Anda akan dimaklumkan sekiranya perkhidmatan selain Poslaju digunakan.

Bagaimana kami hendak dapatkan “tracking number” untuk Poslaju?

Anda akan mendapat “tracking number” Poslaju melalui emel selepas proses penghantaran.

Bagaimana sekiranya barangan yang telah dipos tidak sampai kepada pembeli?

Setelah penghantaran dibuat, pihak Poslaju bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan barangan itu sampai ke destinasi. Sekiranya anda mengalami masalah berkaitan penghantaran, sila hubungi talian bebas tol Poslaju di 1300 30 0300

Bagaimanakah caranya untuk kami mendapatkan potongan harga dalam setiap belian di laman web WinnoSports.com?

Sila masukkan kupon kod (cth: WiNNO15) semasa anda membuat tempahan. Kupon ini hanya boleh digunakan sekali sahaja.

Bagaimanakah caranya untuk kami mengesan dan menjejak item yang telah dipos?

Sila masukkan “Tracking number” anda dibawah dan klik butang”Track” untuk mengesan dan menjejak item anda:

Apa POLISI PEMULANGAN ?
  • Hanya penukaran saiz sahaja dibenarkan
  • Penukaran hanya sah dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh item sampai kepada anda sahaja
  • Tiada pemulangan wang dibenarkan selepas pembelian dijalankan
  • Pemulangan hanya boleh dilakukan jika tag belum dicabut
  • Pertukaran hanya dilakukan selepas item sampai dan disemak
  • Pemulangan hanya sah untuk item yang belum diguna sahaja
  • Jika anda dapati item yang diterima “rosak”, kami akan tanggung kos pemulangan dan penukaran (rujuk langkah dibawah)
  • Kami berhak untuk membatalkan proses penukaran dan pos semula kepada anda jika didapadi item telah digunapakai/tag telah dibuka
  • Pengeposan semula akan mengambil masa dalam  7-14 hari bekerja
  • Pihak kami berhak memulangkan wang anda jika tiada stok baru sampai dalam masa 7-14 hari bekerja

Bagaimana cara proses pemulangan untuk penukaran saiz/ zip rosak?

  1. Alamat (poskan semula ke alamat yang tertera di slip parcel).
  2. Sertakan kertas nota bertulis “Nak tukar ke saiz…(bertahu saiz)”/ “Nak tukar sebab…(beritahu sebab)/ “Zip rosak, mohon baiki”
  3. Sertakan wang RM 10 dalam parcel untuk tujuan cas pengeposan.
  4. Simpan & berikan tracking number untuk rujukan

Untuk info lanjut berkenaan PEMULANGAN & PENUKARAN, hubungi : +6017 282 3464


Sekiranya jawapan yang anda cari tiada di ruangan ini, sila hubungi kami di SINI.